Al-Wasilah

""Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat, dan tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu""

Antara Cinta Dan Usia...

Assalamualaikum semua.....

"Antara Cinta Dan Usia" title sebegini telah sering kite dgr... terutama dalam drama2 televisyen yg mengisahkan dua insan yang telah lanjut usia yg ingin bercinta dan mendirikan rumah tangga... tapi bukan ini konsep yg ingin saya sentuh... huhuhu... ape yang saya ingin sentuh ialah percintaan dikalangan remaja yg masih belum sesuai untuk bercinta.... ayuh para remaja! insan yang dikurniakan Allah kehebatan dari segi mental dan fizikal, mari kita berfikir sejenak... adakah kite mampu untuk mendirikan rumah tangga pada usia sebegini '15,16,17,18,19...' kepada yang sudah memperolehi pekerjaan yang dapat menjamin maser depan anda dikecualikan... tidak dapat dinafikan kiter mmg mampu untuk mendirikan rumahtangga pader usia begini jika dilihat pader aspek 'kekuatan batin & nafsu' tapi ayuh kiter berfikir sedikit lagi... adakah kiter mampu untuk menanggung beban keluarga...?

Tidak dapat dinafiakan juga pada usia sebegini nafsu dan perasaan untuk mencintai dan dicintai meluap-luap dalam diri kiter... but try to hold it for a few years more... " ko boleh arr cakap.. bkan ko yang bercinta...!" comfirm ayat ini akan keluar dari mulut korang semua... okeyh... nie sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan... i have fall in love for 3 years.... sebegitu banyak duit dan maser yg dibazirkan untuk sesuatu yg blum pasti akan menjadi kenyataan (kahwin)... semaser bercinta .. fuhh mcam2 ayat keluar.."i love you" 143.."i love you forever and ever" siap ader extra kiss agie... "sayer syg awk sgt2" .. " i miss u so much" mmg keadaan dalam hati happy gler bler dgr ayat2 nie... but adakah perkataan nie sumer dapat menjamin kebahagiaan pada masa yang akan datang.... aper yang kiter dapat lihat skarang maser muda kapel ngan org laen then time kawin bukanlah pasangan yg selama ini kiter puja dan puji.... jom kiter fikir sikit lagi...

Top up skarang rm 10 tu pun bleh tahan dalam seminggu jer kecuali kpder saper2 yang pkai U.O.X... nie laen cter... okeyh.... sayer menghabiskan maser ngan ber'message', begayut, bercintan cintun... fuhh orang kater h'set tu lekat kat tangan... 100 message per day tu perkara biaser...kadang2 tu 200..kredit rm10 kadang2 leh tahan dalam 4 arie jer... waaaa 4 arie? yup nie perkara sebenar ... aku cakap base on pengalaman... so jom kiter buat sket calculation.. 365 divide by 4= 91.25 pastu korang darab plak ngan 10... korang mesti terkejut kan... nie arr duit yang korang abiskan dalam maser setahun semata-mata kerana si 'dia' itu baru setahun kalu dah 2 atau 3 tahun... korang pkir rr sendiri.... pastu jom kiter bincang plak pasal maser...

Korang akan spend maser sekurang-kurangnyer 10 minit maser pagi untuk sedikit nasihat pagi mcm "blaja leklowk k sayang" aper yg terlintas di fikiran korang skarang nie adalah ucapan sebagai motivasi pagi .. tp ia sebenarnye ucapan yang akan menggagu konsentrasi semasa blaja bagi seseorang... ucapan ini akan mendorong hadirnya "angau"... dan ini akan membuatkan anda tidak teragak-agak untuk ber'message' semasa sesi pembelajaran....then maser rehat... about 15 minute... pastu maser balik skul.... about 1 hour... kalu dah parah sangat sampai maghrib... maser biler buat kejer skul?... lepas isyak baru start buker buku... start kul 12 maen msg blik... abuot half and hour baru tdoo... kadang2 terlajak sampai kul 2.30 pagi... sampai subuh pun ader....wow kire2 lebih daripada 3 jam yg kiter spendkan utk pasangan kiter... andaikan maser nie kiter dapat gunakn utk istirehat, studi,and ibadat... fuhh ruginyer aku... 1095 jam burn camtu jerr....

Renung Sejenak

Bertapa hebatnya kuasa allah

scroll gambar nie slow2 dan tengok aper yang ingin disampaikan dalam lukisan ini






Sesungguhnya manusia itu makhluk yang kerdil.
Kerana itu KEBESARAN bagi yang sombong itu
tiada apa-apa erti .

Bicara Rabia'tul Adawiyah dengan cerdik pandai

Pada suatu hari sekumpulan cerdik pandai pergi ke rumah Rabia'tul Adawiyah dengan membawa satu kenyataan yang menarik. Menurut perkiran mereka, kali ini tentu Rabia'tul Adawiyah akan megalah kerana selama ini beliau tidak pernah kehabisan hujah...
"Rabi'ah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan kepada Allah kepada kaum lelaki, bukan kaum perempuan," kata mereka, "Buktinya?" tanya Rabi'ah..
"engkau sendiri tahu, mahkota kenabian dan rasul dianugerahkan kepada lelaki. Mahkota kebangsawanan juga ada pada lelaki. Tidak ada seorang perempuan pun pernah diangkat menjadi nabi atau rasul, semuanya lelaki," kata mereka lagi.
"Memang betul," balas Rabi'ah. "Tetapi pelu di ingat bahawa sejahat-jahat martabat juga pada lelaki. Siapakah yang palin mengagung-agungkan diri? siapakah yang pernah mendakwa dirinya tuhan?" kata Rabi'ah merujuk kepada Firaun Dan Namrud.
Kemudian dia berkata lagi " Dakwaan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang perempuan. Semuanya ditimpakan kepada kepada kaum lelaki...
samer-samer kiter renungkan.......

15 TEKNIK ATASI TABIAT TERBURU-BURU




orang yang menghidap masalah terburu-buru biasanya tidak sabar dengan diri sendiri, sentiasa berasa tegang dan menambah burukkan lagi keadaan, mereka selalunyer percaya 'disebabkan terlau lamer menghadapi masalah tidak sabar dan tegang ini, aku mesti mengubahnyer dgn segera, aku sudah tidak tahan lagie.."
Akan tetapi, sifat terburu-buru or tidak sabar yang sebati dalam diri tidak mungkin dapat diubah melalui satu ungkapan ataupun hujah,"aku sudah x tahan lagie..." mendesak supaya perubahan segera berlaku samalah seperti menjerit pada diri sendiri supaya masuk tido disaat mata masih terbelalak dan badan masih segar...
"Rasa terburu-buru" untuk segera mendapatkan sesuatu or menamatkan sesuatu pekerjaan sebenarnya kebalikan daripada penyakit suka menangguh-nangguhkan sesuatu. kedua-duanya berpunca daripada ketidaksediaan diri menghadapi rasa tegang atau rasa tidak selesa yang timbul apabila melakukan sesuatu pekerjaan...
Terburu-buru melakukan sesuatu untuk mengelakkan ketegangan samalah juga dengan menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan untuk mengelakkan ketegangan.Malangnyer,
kedua-duanya menghasilkan ketegangan yang lebih dahsyat.Oleh kerana penyakit terburu-buru
wujud disebabkan amalan ataupun tabiat, maka untuk merungkainya diperlukan latihan-latihan atau amalan juga.
Berikut adalah beberapa latihan yang ditujukan untuk merungkaikan tabiat suka terburu-buru sewaktu melakukan sesuatu. Sila amalkan, mudah-mudahan ia dapat membantu anda memperolehi kehidupan yang lebih ceria....

1.Jika anda makan menggunakan sudu atau garfu, setiap kali selepas menyuap,letakkan suduatau garfu yang anda gunakan..

2.Jika selepas makan anda kebiasaannya terus makan pembasuh mulut seperti buah-buahan atau kuih muih, tangguhkan ia selama 15 minit.

3.Jika anda merupakan seorang yang suka bercuti, rancang percutian anda dan buatlah tempahan sembilan bulan lebih awal. kemudian tunggu dengan sabar...

4.Jika anda pernah membaca sebuah novel tetapi gagal menamatkannya kerana di pertengahanjalan anda dapatiia tidak menarik, cuba tamatkan membacanya.

5.Libatkan diri dengan satu hobi yang rumit untuk dilakukan seperti mengukir atau menyulam.

6.Buat perancangan yang kemas di waktu pagi supaya anda boleh sampai di tempat kerja 15 minit lebih awal daripada biasa.

7.Jika anda seorang perokok, tangguhkan menghisap rokok diwaktu pagi.Hisap selepas anda selesai lunch...

8.Setiap kali anda mendapat gaji, tentukan sejumlah wang dan simpan di dalam akaun simpanan anda..

9.Peruntukkan 15 minit sebelum tidur setiap malam dengan membuat persediaan untuk hari esok.

10.Luangkan masa selam 3 jam dan bersiar-siarlah di tempat biasa anda lawati seperti persekitaran taman perumahan tempat anda tinggal,tasik yang terdekat atau taman bunga berhampiran,tetapi kali ini buat penelitian mendalam dan perhatikan perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah anda pedulikan.

11.Lawati tempat yang sama pada masa yang lain dan cuba bandingkan apa yang anda temui kali ini dengan lawatan anda sebelumnya.

12.Ambil sehelai daun dan buat kajian mengenainya selama 6 jam.Tumpukan sepenuh perhatian dan gunakn semua pancaindera ketika membuat penelitian.

13.Buat satu tulisan sepanjang satu muka surat mengenai daun itu dan kemudian kaji semula tulisan itu sebanyak 6 kali.Selepas itu, tulis rumusan terakhir anda.....

14.Berusahalah datang awal setiap pertemuan.Bawa sebuah buku untuk dibaca bagi mengelakkan anda berasa bosan ketika menunggu..

15.Sediakan kad ucapan hari jadi untuk kawan ataupun saudara mara anda hari ini untuk harijadi mereka pada tahun hadapan.Tulis ucapan anda tandatangan dan masukkan kedalam sampul surat dan poskan ia 2 minggu sebelum hari jadi mereka.

sekiranya anda merasakan latihan di atas tidak bersesuaian denagn diri anda dan anda mempunyai cara lain atau projek lain yang dirasakan lebih meyakinkan, anda dipersilakan menggatikannya... sebarang usul atau cadangan juga dipersilakan...

petikan buku Do It Now karya Dr William J. Knaus

TEWAS DALAM DAMAI

dunia terus bergolak
bumi muntah retak
akibat hdangan kejam
angkara manusia...

manusia semakin ego
peperangan dan pembunuhan
menjadikan mereka
mabuk akan darah...

mereka sendiri tanam
sifat benci dan dengki
daripada menabur benih kedamaian
mati terkubur di situ...

haiwan sendiri lebih rasional
jauh lebih daripada manusia
kerana dulu tikus kucing
juangkan permusuhan mereka
namun kini mereka beradu
sepiring air dikongsi bersama...

tapi bagaimana pula manusia?
selepas ini, kemana tujunya?
bagaimana?
manusia mencari pangkal
untuk tentukan hujungnya...