Al-Wasilah

""Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat, dan tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu""

Bicara Rabia'tul Adawiyah dengan cerdik pandai

Pada suatu hari sekumpulan cerdik pandai pergi ke rumah Rabia'tul Adawiyah dengan membawa satu kenyataan yang menarik. Menurut perkiran mereka, kali ini tentu Rabia'tul Adawiyah akan megalah kerana selama ini beliau tidak pernah kehabisan hujah...
"Rabi'ah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan kepada Allah kepada kaum lelaki, bukan kaum perempuan," kata mereka, "Buktinya?" tanya Rabi'ah..
"engkau sendiri tahu, mahkota kenabian dan rasul dianugerahkan kepada lelaki. Mahkota kebangsawanan juga ada pada lelaki. Tidak ada seorang perempuan pun pernah diangkat menjadi nabi atau rasul, semuanya lelaki," kata mereka lagi.
"Memang betul," balas Rabi'ah. "Tetapi pelu di ingat bahawa sejahat-jahat martabat juga pada lelaki. Siapakah yang palin mengagung-agungkan diri? siapakah yang pernah mendakwa dirinya tuhan?" kata Rabi'ah merujuk kepada Firaun Dan Namrud.
Kemudian dia berkata lagi " Dakwaan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang perempuan. Semuanya ditimpakan kepada kepada kaum lelaki...
samer-samer kiter renungkan.......

0 comments:

Post a Comment