Al-Wasilah

""Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat, dan tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu""

TEWAS DALAM DAMAI

dunia terus bergolak
bumi muntah retak
akibat hdangan kejam
angkara manusia...

manusia semakin ego
peperangan dan pembunuhan
menjadikan mereka
mabuk akan darah...

mereka sendiri tanam
sifat benci dan dengki
daripada menabur benih kedamaian
mati terkubur di situ...

haiwan sendiri lebih rasional
jauh lebih daripada manusia
kerana dulu tikus kucing
juangkan permusuhan mereka
namun kini mereka beradu
sepiring air dikongsi bersama...

tapi bagaimana pula manusia?
selepas ini, kemana tujunya?
bagaimana?
manusia mencari pangkal
untuk tentukan hujungnya...


0 comments:

Post a Comment